25-1-2012

Lokasi : Bukit Tinggi.
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap What a great birthday19-1-2012
It was my birthday on 16 January. It was the best birthday ever. Really.
Been accused on something i didn't know on the day before, and also I've been accused on the day after.
And the best part is, it should be who would be mad. It should be me who sad, but when I'm getting over it. That person stop talking to me. Great!
Yes, that was the best birthday present ever.
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap Ringkasan 20114-1-2012
1. Malas nak menaip entri terbaru. Ahahahahaha!
2. Ada 2 perkara major yang berlaku dalam hidup aku, mula-mula aku bertukar tempat kerja. Setelah bertahun-tahun aku disitu. Keduanya biarlah rahsia.
3. Penghujung tahun, aku kembali memancing. Walaupun hasil tangkapan belum berjaya diperolehi.
4. Pindah rumah sewa.
Eh biasa-biasa saja rupanya kehidupan aku sepanjang 2011. Ahahahahaha.
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap Jumpa Kak De19-12-2011
Semalam (18/12/2011) teman peghogi minum petang dengan Kak De. Lame teman idak jumpe Kak De ni. Abeh nak buat lagu mane? Kak De sibuk bebeno dengan PhD dia. Teman sibuk bebeno dengan keghoje teman. Kebetulan kemaghin, dua-dua bosan ya amat.
Kalo ngikut rancangan asey, kami nak duduk dekat Tasik Wetland aje, tapi udah hujan, kami pergi le Alamanda. Kak De belanja teman minum kopi. Tak cukup dengan itu, teman dapat pulok kuah deghoyan. Tak sempat teman nak makan kuah deghoyan tu, ingat besok le teman belasah buat sarapan pagi.
Kami idak le sembang banyak mane pun. Ceghite pasal keroje teman, dan sikit-sikit pasey idup teman. Ye le, mane ade kakak yang tak mahu tahu pasal kembang kuncup adik dia kan?
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap Cemburu14-12-2011
Aku sang pencemburu.
Saat perhatian itu lari dariku, terus aku menjadi cemburu.
Aku sang pencemburu.
Tika kesibukan melanda dirimu, terus aku menjadi cemburu.
Aku sang pencemburu.
Waktu kau bersama-sama yang lain, terus aku menjadi cemburu.
Ya, aku memang sang pencemburu.
Mencemburui pada waktu-waktu kita tidak bersama.
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap Ketagihan14-12-2011
Ya aku sedang ketagihan lagu ini....moga lembut juga hatiku suatu hari nanti
Tiada Orang Yang Mengomen || Pautan Tetap Perancangan Terkejut
27-11-2011
Sejak dua menjak ini, aku dilanda kesibukan yang melampau. Tidur yang tidak mencukupi. Berat badan yang menurun. Jadi sebagai menghilangkan rasa tekanan yang melampau. Aku perlu keluar dari Kota Lumpur ini. Rancangan terkejut dan alhamdulillah berjaya.


Terima kasih buat Sephixora dan bezicto kerana menyertai acara kali. Lepas ini kita pergi mandi jeram pula. Yeay!
Ada 4 Sudah Mengomen || Pautan Tetap Had nothing to say...15-11-2011
Get this from best quotes
And it so damn true! Ahahahaha
Ada 3 Sudah Mengomen || Pautan Tetap Vroommmm2-11-2011
Mula-mula kita buat bunyi dulu.
Vrooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Vroooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Vroooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Vroooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Ok itu sahaja catatan aku kali ini. Yeay!
Ada 2 Sudah Mengomen || Pautan Tetap Babe28-10-2011
*Bunyi sms masuk.*
Aku tersenyum sendirian kerana aku tahu itu adalah mesej dari kawan yang aku suka setiap pagi petang tengah hari dan malam. Sepantas kilat aku membaca pesanannya. (Errr tipu la tu kan?)
Mesej dia tertera seperti ini, "Nak pergi makan dekat mana babe?".
Aku tersenyum lagi, taraf aku sudah meningkat menjadi Babe. Siapa tidak suka?
Tapi aku musykil, kami berjauhan. Mustahil kami mampu merancang untuk makan bersama disaat aku di Kota Lumpur dan dia di Kota Pokok Beracun. Demi tidak menghampakan harapannya yang telah memanggil aku babe, maka aku membalas mesejnya.
"I nak makan masakan u je babe".
Dan mesej seterusnya yang aku terima adalah
"Lol salah hantar".
Ahahaha aku sudah agak sejak awal lagi
.