Kilat, malaikat maut
27-6-2007

Bila tiada laporan mengenai diriku,
Ada yang berYM dan bersms,
Bertanyakan khabar,
Bertanyakan berita...
Yang meninggalkan jejak disini...

Terima kasih diatas keprihatinan kalian semua....

******

Inilah kisah aku akhir-akhir ini.

Khami lepas (21/06/07), aku pulang dari pejabat ketika hujan belum jejak ke daerah Sg. Besi. Menunggang kuda sakti di celahan pedati-pedati mewah, amat menyulitkan. Tiba-tiba mata aku hanya nampak cahaya putih, dan seluruh badan aku kebas.

Ya Allah, aku terkena tempias petir.

Aku turun dari kuda sakti, duduk seketika di tepi dan membiar titis-titis mutiara yang kasar menyinggah tubuh aku.

Kenapa aku menghilang? Sebab aku sedang merenung diri. Tempias kilat adalah peringatan dari Allah pada aku. Ajal maut ditangannya, bila malaikat maut datang menyapa. Mampukah aku menerima dengan redha?

Ada 2 Sudah Mengomen

Ruang rindu
26-6-2007

di daun yang ikut mengalir lembut
terbawa sungai ke ujung mata

Dan aku mulai takut terbawa cinta menghirup rindu yang sesakkan dada
jalanku hampa dan kusentuh dia
terasa hangat oh didalam hati
kupegang erat dan kuhalangi waktu
tak urung jua kulihatnya pergi
tak pnah kuragu dan slalu kuingat
kerlingan matamu dan sentuhan hangat
ku saat itu mencari makna
tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

*
kau datang dan pergi oh begitu saja
smua kutrima apa adanya
mata terpejam dan hati menggumam
di ruang rindu kita bertemu
*
bertemu

Ada 2 Sudah Mengomen

Jahanamkan secara bijak
25-6-2007

Hari ini PM aku minta aku jahanamkan satu sistem yang aku sendiri buat.
Hampir sehari suntuk baru aku berjaya menjahanamkan sistem yang aku buat sendiri.

PM : Aku suruh kau jahanamkan pun susah ke? Bukan aku suruh betulkan ralat.
Aku : Nak jahanamkan tu senang, tapi nak jahanamkan secara bijak tanpa dikesan orang itu susah.

Satu pejabat gelak.

Tugasan aku hari ini ialah mengeluarkan ralat palsu pada sistem yang aku buat sendiri. Alasannya, untuk menggertak klien kami yang liat sangat nak bayar duit pada kami. Syaratnya ralat itu bukanlah pada kod-kod yang telah aku ciptakan. Kemudian, ralat tersebut mestilah nampak seperti 'natural'.

Ada 2 Sudah Mengomen

Mana air mineral
18-6-2007

Aku tercekik,
Mana air mineral?
Aku tercekik mana air mineral?

Kadangkala...kita ambil mudah.
Tapi ada orang selalu ambil mudah.
Berjanji senang-senang mungkiri.
Disaat-saat acara nak bermula, baru dia memaklumkan kami,

Kalau aku kata Ya***i nanti terasa hati,

Ah, kau belajar agama, kau tahu apa hukum memungkiri janji kan?

Tapi kau mungkiri 3 kali sederet. 'Hatrick' tu!

Webblogger day seronok walaupun bertemankan hujan.

Ada 1 Sudah Mengomen

Mega??
12-6-2007

Berapa pakej Streamyx di rumah anda?
1Mbps???
Tahu tak Mbps tu apa dia?
Mega Bytes Per Second?

Salah sebenarnya...dalam 'connection' kita sebenarnya menggunakan Bit bukannya Bait. Jadi, janganlah marah TmNet sekiranya 'connection' anda tidak mencecah 1 Mega Bait ye?

Bacaan lanjut disini.

Ada 1 Sudah Mengomen

Lagu kanak-kanak
6-6-2007

Anak itik tokwi
Mandi dalam kolam
Sakit apa tokwi
Sakit sendi tulang
Ubat apa tokwi
Ubat limau lelam
Sakit apa tokwi
Sakit sendi tulang

Kenapa aku memilih untuk memaparkan lagu ini? Sebab aku rasa lagu ini macam comel je, nak nak pula kalau kalian membayangkan lagu ini dinyanyikan bersama suara anak-anak kecil.

Bersama-sama ini aku mahu tahu lagu kanak-kanak kegemaran mereka ini.

1. Kak Ungku
2. Kak Luna
3. Op

Syaratnya mereka mestilah menggunakan tajuk Lagu Kanak-kanak.
Mesti taip lirik lagu kanak-kanak di entri mereka.
Mestilah tag 3 orang lagi.

Ada 4 Sudah Mengomen

::Log Masuk::
ID ::
Pass ::