Cerita pendek balik kampung
8-12-2009

4/11/2009

Belum pun jam 6.00 petang, aku sudah angkat kaki dari pejabat. Kak Yang sudah menanti di bawah bersama askar-askarnya.

Singgah R&R Sungai Buloh, makan malam di Burger King.

Tiba di Taiping jam 9 lebih.

5/11/2009

Awal-awal pagi aku dengan abah ke pasar untuk mencari lauk-pauk. Beli ayam untuk dijadikan menu utama. Beli timun untuk dijadikan ulam.

Aku buat ayam goreng berempah manakala Kak Yang masak telur dadar. Siap semuanya kami berkelah di sungai Taman Suria. Kami itu hanyalah aku, Kak Yang, Azib, Muzakir, Anis, Munirah dan Arif. Abah, ibu dan adik pergi memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Penat berkubang, terus ke bazar untuk membeli baju sekolah anak-anak kak Yang. Aku belikan Munirah dan Muzakir beg sekolah baru. Alasannya aku masih belum membelikan apa-apa hadiah buat Munirah ketika keputusan peperiksaan dia keluar tempoh hari. Muzakir pula masih di tadika, jadi tiada keputusan yang boleh aku jadikan penanda aras. Bila si kakak dapat hadiah, haruslah belikan untuk si adiknya jugakan? Ehehehe.

Selesai menghabiskan duit di bazar, kami ke Cashier Market, untuk minum Black Sugar.

Balik rumah semua pakat pengsan. Eh terlupa, Kak Yang beli ayam dinding untuk makan petang kami.

6/11/2009

Pelan asal untuk pergi ke kebun di waktu pagi di batalkan sebab Arif bangun lambat. Jadinya petang baru ke kebun dan mengait rambutan. Azib pula sibuk berperang dengan nyamuk. Buang masa betul bawa dia sekali. Ehehehehe

Malam pula ibu memasak di dapur orang (kedai). Terima kasih ibu kerana belanja makan malam.

7/11/2009

Jam 10.30 pagi mula bergerak pulang. Singgah Kuala Kangsar untuk membeli cenderahati serta makan laksa Pak Ngah.

Singgah Taman Equin untuk melihat rumah. Harus melihat rumah lain nampaknya.

::Log Masuk::
ID ::
Pass ::