Muka buku
11-3-2010

Mukabuku (Facebook) merupakan satu fenomena sekarang ini. Aku sudah mempunyai akaun sejak tahun 2006. Memang mukabuku memudahkan kita mencari kawan-kawan lama, tapi setiap perkara yang kita lakukan di mukabuku haruslah bertanggungjawab.

Sebagai contoh gambar ketika didalam bilik asrama, wanita mungkin tidak bertudung. Pada masa itu kita sangkakan gambar itu hanya untuk tatapan sesama wanita sahaja. Bila ada mukabuku gambar itu dimuat naik ke mukabuku. Bukankah orang yang tidak sepatutnya melihat aurat wanita itu sudah melihat auratnya?

Cerita cinta zaman sekolah juga seharusnya tidak keluar dimukabuku. Bayangkan kawan kamu sudah berkahwin, dan kamu bergurau menyakatnya mengenai kisah cintanya ketika dizaman sekolah. Pernahkah kamu fikirkan perasaan pasangannya?

Banyak perkara kita perlu fikir keadaan orang lain sebelum memikirkan keseronokan kita.

::Log Masuk::
ID ::
Pass ::